Lazada Malaysia

TIPS : ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

10:30 AM

4

TIPS : ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR | Bayi yang baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dan mengenali dunia setelah 9 bulan hidup di dalam rahim seorang ibu.. Maka ibubapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahiran si bayi mengikut cara yang dianjurkan dalam Islam..
.
.
Mungkin kebanyakan ibu tidak mengambil berat tentang tatacara memandikan bayi yang baru lahir, iaitu dari umur sehari ke 40 hari.. Dalam tempoh ini, kaedah memandikan bayi memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 
.
.

3

TIPS MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

1) Seeloknya mandikanlah bayi pada waktu dhuha, kerana dalam waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.. Gunakan air suam..

2) Siraman pertama - dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan2.. Kemudian baru disiramkan ke kaki dan seterusnya di bahagian punggung bayi.

3) Belai dan gosok badan bayi dengan lembut.. Ia akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.. Siraman disertakan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi..

4) Seterusnya siram dari belakang ke kepala.. Siraman harus dibuat secara perlayan supaya air tidak mengalir masuk ke lubang telinga.. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, gunakan tangan untuk menggosok dahi bayi..



5) Sebaiknya tugas memandikan bayi ini dilakukan oleh bapa, sambil memandikan anak, zikirlah Ya Latiff Ya Hadi -- Yang Maha Lembut, Yang Memberi Petunjuk

6) Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7) Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah.. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. 

8) Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
.
.
Semoga bermanfaat untuk ibu & bapa2 diluar sana :)

You Might Also Like

2 cayang gojesss !

  1. thanks sha for sharing tips ni...teringat mandikan anak2 masa diorang dalam pantang lagi..memang banyak kita kena ikut.bukan untuk dia,malah untuk kita jugak kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.