Lazada Malaysia

Bertanggungjawab Selepas Berkahwin... Mampu Ke?

11:25 AM

persediaan perkahwinan checklist bakal pengantin

BERTANGGUNGJAWAB SELEPAS BERKAHWIN | Assalamualaikum wbt. Bila bercerita pasal kahwin, siapa yang taknak kahwin?? Allah SWT mengurniakan nafsu yang berkeinginan... Adam a.s pun meminta Allah SWT mengurniakan baginda seorang teman sebab dia sunyi..

Berbalik kepada PERKAHWINAN --- sejauh mana TANGGUNGJAWAB DIUTAMAKAN?
.
.
.
Budak muda bila orang berkahwin, mereka terus fikirkan jannah... Sesungguhnya terus terang aku katakan, AMAT SUSAH nak tembus ke JANNAH FIRDAUSI idaman semua itu....

Rahsia yang aku belajar sepanjang berumahtangga harus :

arrow IKHLAS
arrow TOLAK ANSUR
arrow BERKERJASAMA
arrow BERTANGGUNGJAWAB

Sebagai isteri, bukan hanya tutup aurat je untuk melepaskan diri kau ke syurga.. Tapi kita perlu peka dengan keadaan suami... Sentiasa berbual dengan suami sebagai "member"... "abang"... dan sebagainya... Yela, dengan parent kita dah habis, so dengan suami laa hidup kita... Sentiasa berkongsi...

Suami pun sama, jangan harapkan isteri je jaga hati kamu.... Kamu sendiri perlu hargai pengorbanan isteri kamu... Saat susah senang dia dengan kamu... Ada jenis, susah bersama isteri, dah senang pasang gegurl lain pulak... Aduhai...

Aku akui, tak mudah aku nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri... Tuan suami pun sama... Dan paling tak mudah sebab kami masing2 ada kekurangan... Aku pesakit kronik manakala suami OKU...

tumblr nqt38samu31u5cr2do1 1280

Tapi itulah... perkahwinan bukan segalanya... Tujuan aku menaip entri ni sebab aku selalu nampak orang desperate nak kahwin... Budak lagipun...

Perkahwinan ni bukan setahun dua atau sebulan dua... Tapi SELAMANYA kalau boleh.. Tu sebab jodoh semua tertulis di Loh Mahfuz... kannnnnnnnn...... Nak kahwin silakan, tapi sila readykan fizikal dan mental... Kalau tak jadi macam aku, asyik mintak suami 'lepas'kan je kalau aku tengah naik angin... Nasib baik laaa tuan suami jenis..... alhamdulillah... penyabar melebihi aku.... Walaupun masa memula aku kenal dia panas baran kemain.....

Nauzubillahminzalik -- Jangan jadi macam aku...


KUIZ ! Nak tahu korang boleh bahagia sampai bila2? 

Aku pun, tengah sedayanya cuba bertolenrasi dan menjadi "sahabat" kepada suami aku... Hubungan rumahtangga ni, jangan letakkan peranan sebagai isteri/suami je... Jadilah kawan yang baik untuk pasangan2 kita ye :)

Gadis Marhaen
-Tunsha-

You Might Also Like

0 cayang gojesss !

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.